Ada golongan konon hendak membanteras ajaran salah atau sesat
Bunyinya cantik, didengar sangat indah dan molek
Seolah-olah golongan ini sangat serius beragama dan sungguh sayang dengan agama
Tapi mereka membanteras ajaran yang mereka pilih-pilih sahaja
Yang ada hubungan dengan ibadah, wirid dan zikir yang dilakukan
oleh golongan yang lemah
Perjuangan mereka sangat sempit, mungkin mengambil peluang kepada puak yang mereka tidak senang
Ajaran salah atau ajaran sesat bukan di sudut ibadah, wirid dan zikir sahaja
Ajaran salah atau sesat lebih-lebih lagi amalan salah dan sesat berlaku secara global
Di dalam pergaulan, ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya
Yang dibisingkannya sangat di dalam ibadah, wirid dan zikir
itu pun mengikut ukuran puak mereka sahaja
Belum disemukakan, belum diuji, belum dinilai oleh semua golongan
dan semua golongan ulama
Kalau ditembungkan boleh jadi khilafiah, boleh jadi ada nasnya yang tersurat dan tersirat
Mungkin yang menyalahkannya kurangnya ilmu terutama ilmu rohaniah
yang terlalu seni dan susah
Lebih-lebih sekali zaman sekarang mana ada orang serius beribadah,
berwirid dan berzikir
Khurafat dan kesesatan di bidang-bidang lain bukan sahaja ajaran tapi amalan
tidak pula ditolak bahkan digalak
Di dalam kebudayaan, dedah aurat, bergaul bebas, setiap kata yang diucapkan yang menyalahi syariat tidak pula dianggap sesat
Kejahatan orang politik di dalam sikap, cakap, tindakan yang melanggar syariat dan akhlaknya boleh pula
Di dalam ekonomi adanya riba, adanya penindasan, tidak pula disanggah dibiar begitu sahaja
Di dalam pendidikan tidak ada bertunjangkan tauhid, iman dan taqwa, ia boleh membawa ajaran sesat dan amalan sesat
Tidak hairanlah hasilnya melawan guru, melawan emak bapa, bergaduh dan gangsterism kerana tidak takutkan Tuhan dan melupakan Akhirat
Tidak pula puak itu memberi nasihat kepada puak yang membuat dasar pelajaran
Kalau hendak berjuang berjuanglah secara global dan jujur
Kesalahan yang dilakukan oleh golongan yang lemah, tiada kuasa berani bertindak seolah-olah mereka wira agama
Kesesatan yang dibuat oleh orang yang berkuasa, ada nama, ada pengaruh
dipejamkan mata
Kerosakan yang mereka lakukan dibiarkan sahaja seolah-olah tidak mengapa
Mereka berjuangkah atau mengambil peluang?
Mereka berjuangkah atau berlakon berjuang?
Rakyat melihat ini semuanya
Mereka hanya berani dengan golongan lemah dan tiada kuasa
Kepada golongan yang kuat dan berkuasa, dibiarkan berleluasa
Mereka sebenarnya bukan wira agama, tapi mencari makan atas nama agama
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi